Monday, October 5, 2015

Sesi ramah mesra bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan PSM

Pada 5 Oktober 2015, bertempat di Bilik Olimpik Stadium Nasional, berlangsung acara Sesi Ramah Mesra bersama Pengerusi Puspanita cawangan PSM yang baru, Puan Fariza Rozanim. Ini merupakan kunjungan beliau yang pertama dengan warga Puspanita Cawangan PSM sejak perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Azman Fahmi B. Osman pada Mei 2015 yang lalu. 

Beliau yang tiba di perkarangan keris disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi Puspanita PSM, Puan Noriza Bt. Md. Ali dan Puan Zarina Daud, Setiausaha kecil cawangan Puspanita PSM. Majlis kemudiannya dimeriahkan dengan bacaan doa dan lagu negaraku serta lagu puspanita oleh ahli-ahli Puspanita. Antara intipati program adalah sesi suaikenal antara pengerusi dan ahli serta perbincangan tentang aktiviti-aktiviti Puspanita yang akan datang. Majlis kemudiannya berakhir pada jam 1.00 petang yang ditutup dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari di Dewan Makan Stadium Nasional.




Lagi gambar di sini