Sunday, October 11, 2015

Hari Sukan Negara 2015

Sekitar gambar aktiviti perniagaan oleh Puspanita Cawangan PSM pada 10.10.2015 yang lepas sempena Hari Sukan Negara 2015 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg. Pandan. Antara aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut adalah zumba, mewarna, memanah, badminton dan goalball. 

Ahli-ahli Puspanita yang membantu menjayakan 
jualan di gerai Puspanita iaitu : 
(dari kiri) Nurazila,Norasikin,Nurhamidah dan Latifah

Sebahagian makanan yang diniagakan 

Lagi gambar di sini

Monday, October 5, 2015

Sesi ramah mesra bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan PSM

Pada 5 Oktober 2015, bertempat di Bilik Olimpik Stadium Nasional, berlangsung acara Sesi Ramah Mesra bersama Pengerusi Puspanita cawangan PSM yang baru, Puan Fariza Rozanim. Ini merupakan kunjungan beliau yang pertama dengan warga Puspanita Cawangan PSM sejak perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Azman Fahmi B. Osman pada Mei 2015 yang lalu. 

Beliau yang tiba di perkarangan keris disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi Puspanita PSM, Puan Noriza Bt. Md. Ali dan Puan Zarina Daud, Setiausaha kecil cawangan Puspanita PSM. Majlis kemudiannya dimeriahkan dengan bacaan doa dan lagu negaraku serta lagu puspanita oleh ahli-ahli Puspanita. Antara intipati program adalah sesi suaikenal antara pengerusi dan ahli serta perbincangan tentang aktiviti-aktiviti Puspanita yang akan datang. Majlis kemudiannya berakhir pada jam 1.00 petang yang ditutup dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari di Dewan Makan Stadium Nasional.




Lagi gambar di sini

Saturday, October 3, 2015

Program santai bersama keluarga

Pada 3 Oktober 2015, PUSPANITA Cawangan PSM telah menganjurkan aktiviti santai bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bertemakan "pot luck" di mana ahli digalakkan untuk membawa bekalan makanan dari rumah. Acara yang dihadiri hampir 30 orang dimeriahkan dengan acara santai berbasikal, kasut roda, badminton dan lain-lain acara walaupun keadaan persekitaran masih berjerebu. 

Aktiviti berbasikal
santai di tepi tasik Titiwangsa
bergambar kenangan sebelum pulang

Lagi gambar di sini