Monday, May 25, 2015

Aktiviti jualan di perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA 2015

23 Mei 2015 (Sabtu) - PUSPANITA PSM melalui Biro Keusahawanan, telah menjalankan aktiviti perniagaan semasa acara perlawanan akhir Bolasepak Piala FA diantara pasukan LionXII dan pasukan Kelantan. Dengan kerjasama dari pihak pengurusan PSM, Puspanita PSM telah diberi tapak perniagaan di dalam Stadium Nasional untuk menjalankan aktiviti perniagaan bagi menambahkan pendapatan Puspanita PSM. Aktiviti jualan ini dibantu oleh ahli-ahli Puspanita PSM sepanjang hari perlawanan tersebut.

Gambar-gambar semasa acara