Monday, May 25, 2015

Aktiviti jualan di perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA 2015

23 Mei 2015 (Sabtu) - PUSPANITA PSM melalui Biro Keusahawanan, telah menjalankan aktiviti perniagaan semasa acara perlawanan akhir Bolasepak Piala FA diantara pasukan LionXII dan pasukan Kelantan. Dengan kerjasama dari pihak pengurusan PSM, Puspanita PSM telah diberi tapak perniagaan di dalam Stadium Nasional untuk menjalankan aktiviti perniagaan bagi menambahkan pendapatan Puspanita PSM. Aktiviti jualan ini dibantu oleh ahli-ahli Puspanita PSM sepanjang hari perlawanan tersebut.

Gambar-gambar semasa acara
   





Tuesday, May 12, 2015

Selamat Datang kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia


Tahniah diucapkan kepada Encik Azman Fahmi B. Osman yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) yang juga secara tidak langsung merangkap Penasihat yang baru kepada Jawatankuasa Cawangan kecil Puspanita PSM pada 5 Mei 2015. Berikutan perlantikan ini, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif secara tidak langsung dilantik sebagai Pengerusi Puspanita peringkat Puspanita PSM. Di harap dengan perlantikan ini, puspanita PSM akan bergerak dengan lebih aktif dan maju di masa hadapan.