Sunday, April 19, 2015

Mesyuarat Puspanita PSM Bil 2/2015

Puspanita PSM telah bersidang bagi kali kedua pada 17 April 2015, Ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh biro-biro sepanjang tahun ini. Diharap program-program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa kecil ini bakal memberi inspirasi kepada ahli-ahli puspanita PSM secara amnya dan menggalakkan keterlibatan dengan aktiviti kemasyarakatan.








Kelas Mengaji Al-Quran Anjuran Puspanita Kebangsaan


Puspanita Kebangsaan tidak sunyi dari program yang membina modal insan generasi. Bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi modal insan di kalangan kakitangan awam dan keluarga, Puspanita Kebangsaan dengan  kerjasama Majlis Agama Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan kelas mengaji Al-Quran. Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua ahli Puspanita di setiap peringkat Kementerian dan jabatan.

Sehubungan itu, Puspanita Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ini. Dua sesi telah dibuka bagi memberi pilihan kepada ahli yang berminat menyertai program ini dimana sesi 1 adalah untuk ahli yang baru belajar (Basic) dan sesi kedua adalah untuk kategori yang ingin memperbaiki bacaan. Diharap program seperti ni dapat melahirkan generasi yang mantap sahsiah dan rohani sebagai pemangkin masa depan negara.