Sunday, March 22, 2015

Seminar Transformasi Kepimpinan Wanita


Seminar transformasi kepimpinan wanita bakal diadakan di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya pada 25 Mac 2015. Seminar yang dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan dan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga dan Tabung Latihan PUSPANITA ini menjemput semua ahli Puspanita dari peringkat cawangan kementerian dan negeri untuk sama-sama menghadiri seminar yang berlangsung selama setengah hari bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. 

Friday, March 13, 2015

Mesyuarat Puspanita PSM Bil 1/2015


Pada 13 Mac 2015, Mesyuarat Jawatankuasa kecil PUSPANITA PSM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015 ini.